Sunday 22 November 2015

Apa Itu 'Business Goals'?

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Buat bisnes mesti ada GOAL
By Puan Ainon.
Wajib ada dan sentiasa tahu apa GOAL anda!
.
.
.
Buat bisnes mesti ada gol!
Apa itu 'business goals'?
Banyak orang muda konfius antara 'gol personal' dengan 'gol bisnes'.
Mereka jadikan gol personal mereka sebagai gol bisnes mereka. Ini tidak betul.
+ Mahu beli Audi sport. <--- Ini gol personal.
+ Mahu jadi jutawan. <--- Ini gol personal.
+ Mahu tolong ekonomi ummah. <--- Ini gol personal.
.
Ingat! Goal bisnes adalah angka-angka yang dapat diaudit!
Contoh-contoh 'gol bisnes'.
+ Angka-angka jualan harian, mingguan, bulanan, tahunan.
+ Angka-angka duit masuk dan duit keluar.
+ Angka-angka jumlah klien dan customer.
+ Jumlah perjanjian bisnes yang ditandatangani.


Saturday 21 November 2015

Tips Penting Untuk Jaga "Existing Customers"

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Sampai bila nak bergantung pada FB ?
.
Saya cuma nak berkongsi pengalaman
'consult' klien untuk FB Ads.
.
Saya pernah jumpa ramai 'jerung' fb ads yang spend RM1k - 12k sehari untuk FB Ads. 
.
.
Jualan mereka masyaAllah dahsyat.
Ratus malah ribu parcel sehari.
.
.
====
Tapi ada 1 masalah.
====
.
Selepas parcel dihantar, habis.
.
Hubungan dengan pelanggan tersebut tamat di situ.
.
Repeat order berlaku kalau pelanggan sendiri whatsapp sahaja.
.
Kalau pelanggan nak repeat, dia kena whatsapp sendiri.
.
Ertinya, tiada kempen marketing dijalankan untuk pelanggan sedia-ada ( existing customer) repeat order.
.
.
===
Ini bahaya 
===
.
Bisnes tersebut terlalu bergantung kepada jualan dari 'new customer'.
.
Kalau ads tak jalan, tak dapat new customer, garu kepala.
.
Iklan tak jalan = No sales
.
Sekarang pun, fb tak macam dulu.
Policy changes everyday.
.
Soalan penting :
Sampai bila nak bergantung pada jualan dari new customer, sedangkan rules fb semakin hari semakin berubah ?
.
.
===
Ini merugikan
===
.
Nak ubah prospek jadi pelanggan bukan senang.
Nak meyakinkan dia untuk beli bukan senang.
Ada kos masa, tenaga & duit.
.
Tapi, once dia dah jadi pelanggan, maksudnya dia dah percaya pada kita.
.
Maka lebih mudah untuk menjual kepada 'existing customer' berbanding kalau kita jual pada 'new customer', sebab dia dah percaya.
.
Ini terjadi pada diri kita sendiri juga.
.
Kita selalu makan di kedai yang sama.
Kita selalu beli barang di kedai yang sama.
.
Nampak ?
Existing customer lebih mudah membeli,
dari orang yang dia pernah beli.
.
.
===
Jangan dibiar existing customer
===
.
Nak survive lama, jagalah existing customer.
Dari mereka ini, kita dapat jualan tanpa kos ads.
.
Kalau nak cerita, saya ada seorang kawan yang ada 10,000 pelanggan yang sekarang tak buat ads lagi dah.
.
Dia cuma follow-up saja.
Kalau 5% beli pun dah berapa untung tu. 
Tanpa kos ads.
.
Dan ramai lagi kawan yang sekarang dah tak buat ads.
.
New customer pun dapat, tapi dari referral existing customer.
Tanpa kos ads.
.
Adalah juga yang masih run ads, tapi kalau kena flag ka iklan tak jalan ka, jualan masih boleh berlaku.
.
.
===
Elakkan terlalu bergantung pada FB.
===
.
FB ini macam kolam.
Ikannya manusia.
.
Ikan macam-macam.
Ikan yg minat bola ada.
Ikan yg minat jubah ada.
Ikan yg minat kecantikan ada.
.
Tangkap ikan-ikan ini, dan keluarkan dari kolam FB.
.
Kita bela di kolam sendiri.
Media sendiri.
Rules kita sendiri.
.
Tak kena flag.
Tak kena disapprove.
.
Hidup lebih tenang walaupun ads tak jalan.

Friday 20 November 2015

9 Tips K.A.S.I. P.E.C.A.H

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Tips sharing drpd Afdlin Shauki dalam sebuah seminar . Semoga manfaat buat semua.
Perkara penting utk berjaya menggunakan formula

"KASI PECAH"
============
1) K(kenapa/why)
- kenapa kita buat business ni? Kena betulkan KENAPA dahulu untuk berjaya.. Cari Big Why anda..
.
.
2) A (action/tindakan )
- apa yg harus kita buat untuk berjaya? Bertindak.. Fast action fast result!
.
.
3) S (Suka/ berani )
- Suka apa yang kita buat. Beza orang berjaya dengan org x berjaya adalah.. Dia suka apa yg dia lakukan.. 
.
.
4) I (Ilmu)
- ilmu penting untuk berjaya.. Upgrade ilmu untuk upgrade diri..
.
.
5) P (positive) 
- berkawan dengan kawan2 yg positive
.
.
6) E ( emosi) 
- kena pandai control emosi kita ..(emosi yg terkawal) 
kerana bidang kita sangat mencabar ..
.
.
7) C ( cikgu/mentor) 
- orang berjaya kena ada mentor.. Sebab mentor anda akan membantu anda utk berjaya. Copy paste from mentor
.
.
8) A ( anjakan) 
- selalu berfikir di luar kotak. Ambik risiko untuk berjaya.. Cabaran mendekatkan kita dengan kejayaan..
.
.
9) H ( hero/ tidak mengalah)
- you should be the star of your life 
- you must be the person that changing everything
.
.
K.A.S.I P.E.C.A.H


Thursday 19 November 2015

13 Kesilapan Lazim Di Facebook (FB)

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


1. Meroyan dan berleter

2. Menulis tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu (finger pointing)

3. Menulis certa berbentuk sindiran (troll)

4. Menulis dengan niat mempermainkan sesuatu isu semasa (parody)

5. Perasan diri bagus dari orang lain dan syok sendiri (menulis namun tiada atau kurang yang membaca post anda)

6. Tiada engagement atau interaksi dengan audiens

7. Menulis dengan diikuti dot dot dot (..... ..... .....)

8. Nada ayat monotonous (tiada alunan)

9. Ayat meleret. Ringkaskan seringkas yang boleh.

10. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau terlalu hendak memperbetulkan orang lain

11. Menulis dengan ejaan singkatan atau bahasa sms. Contoh: seperti x, sdg, mkn.

12. Pengunaan bahasa rojak yang ketara – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

13. Menggunakan HURUF BESAR untuk keseluruhan mesej (terutamanya ketika menulis status di FB).

Sumber : Tok Guru Online Positioning


Wednesday 18 November 2015

10 Cara Bagaimana Bangkit Dari Jatuh

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita - BERHENTI SALAHKAN ORANG LAIN. 
>> Bukan salah orang lain. stop blaming. 

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.
>> Jangan takut untuk berimpian dan MENULIS. Jika anda mahu, Allah akan berikan jalan. 

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.
>> Jika perlu unfriend silakan. Unfriend di FB tidak bermakna putus silaturahim. Mungkin kata-kata negative menjadi kita down. Mungkin. Tambah dan follow kawan-kawan, sifu-sifu yang anda boleh belajar dari mereka. 

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 100% akan bangkit semula

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat, buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan , side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.


Semoga membantu.

Tuesday 17 November 2015

10 Formula Mencapai Kebahagiaan Dalam Apa Jua Yang Dikerjakan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


1. Kerjakan sesuatu yang anda suka atau yang anda minat. Bukannya melakukan sesuatu yang anda terpaksa kerana sesuatu yang anda minat pasti akan dilakukan juga biar pun ketika sibuk.

2. Mengambil berat kesihatan kerana kesihatan itu kunci kebahagiaan. Jadi, jagalah makanan yang seimbang, bersukan dan menjauhi yang tidak sihat.

3. Matlamat hidup kena jelas. Crystal Clear - barulah boleh dapat apa yang diangankan. Bukannya berangan mat jenin. Jadi pendek kata, tak salah berangan tp kena clear okay.

4. Redha dengan kehidupan apa adanya termasuk pahit maung hidup. Cukuplah Allah tempat bergantung dan berlindung. Dengan redha dan rela kita takkan mudah mengeluh dan gentar.

5. Focus dengan kehidupan hari ni tidak menyesal dengan hari yang telah berlalu dan tidak gelisah dengan hari esok yang belum sampai lagi.

6. Berfikir sebelum membuat sebarang keputusan dan berani mengambil keputusan serta tidak menyalahkan orang lain jika keputusan itu salah.

7. Selalu memerhatikan orang lain yang lebih rendah. Maksudnya tidak ego atau sombong kerana ada banyak lagi yang hidup serba kekurangan.

8. Sering senyum dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis. Jadi tak adalah mudah putus asa dalam hidup.

9. Bersedia membantu orang lain mendapat kebahagiaan.  Ingat kata-kata ni to be happy for the lifetime, help others

10. Mampu merebut peluang yang berharga.

Akhir kata, “Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh-sungguh. Bersabarlah. Allah pasti memberi jalan keluar. Mudah-mudahan jalan keluar itu segera sampai dan ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu.

(Sumber: diulas dari buku "motivasi -menjadi wanita paling bahagia") 


Monday 16 November 2015

Potensi dan Kepakaran Diri Sendiri Selepas Dibimbing Dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Pelajar : Norudin Draman
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 
Sumber : Norudin Draman 


Saya Tahu Potensi dan Kepakaran Diri Sendiri Selepas Dibimbing Dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
.
:
Bismillah.
Assalamu'alaikum wrb.
.
:
Ini pengalaman sebenar saya sendiri. Selepas bayar yuran pendaftaran, guru online dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) beri saya pakej ebook (buku teks ABDR) dan satu set soalan. Pembelajaran dan bimbingan hanya akan bermula selepas saya jawab semua soalan tersebut.
.
:
Alhamdulillah. Dalam masa menjawab soalan-soalan itu, saya baru sedar dan nampak satu sudut dari kehidupan saya yang selama ini saya tidak nampak dan tidak sedar. Sedangkan sudah berbelas tahun saya hidup bersama kemahiran tersebut. Subhanallahi wa bihamdih. Syukur Allah untuk kurniaannya menyedarkan saya dan sudah meletakkan saya dalam jalan tersebut sekian lama.
.
:
Apa Yang Saya Sedar?
.
:
Perasaan saya bercampur pada waktu itu. Ada perasaan syukur, insaf, sedih dan terharu. Syukur kerana Allah telah merezekikan saya untuk berada di jalan tersebut sudah sekian lama. Sudah 16 tahun sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih.
.
:
Sungguh saya terharu pada waktu itu. Walaupun dibanding orang lain, ada orang lebih baik dan lebih hebat. Namun, bagi diri saya sendiri, inilah antara anugerah terbesar dari Allah untuk saya. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
.
:
"Sebaik-baik (orang) dikalangan kalian ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran". (Hadis riwayat Bukhari)
.
:
16 Belas Tahun Saya Mengajar Al-Quran
.
:
16 tahun saya menjadi guru Al-Quran sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih. Kisah lanjut ada saya ceritakan di blog www.ustazcahaya.com dan www.norudindraman.blogspot.com
.
:
Perasaan insaf dan sedih pula ialah bila saya muhasabah diri dengan beberapa soalan. Banyak soalan yang saya tanyakan kepada diri saya sendiri waktu itu. Saya hisab diri sendiri.
.
:
Berapa tinggi kesungguhan saya mengajar Al-Quran? Adakah saya sudah mengajar dengan sehabis baik? Sedangkan saya selama ini diletak Allah di barisan hadapan dalam pendidikan Al-Quran; iaitu, mengajar asas huruf dan asas membaca Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Aku Mahu Hidup Untuk Ini
.
:
Bermula dari situlah kemudiannya, guru online ABDR membimbing saya untuk blog dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada saya. Sejak memulakan tugasan ABDR itu saya terus merangka ebook Teknik M.A.K.
.
:
Waktu itu juga saya berazam untuk membantu ibu bapa lain sehabis kemampuan dan kemahiran saya berkaitan mengajar asas Al-Quran kepada kanak-kanak. Satu tahap pendidikan yang sangat penting walaupun dunia memandang guru pada tahap ini (seperti saya) sebagai 'tahap rendah'.
.
:
Banyak yang saya rancangkan waktu itu. Ada yang masih sedang diusahakan dan ada yang saya tidak menyangka dipercepatkan. Contohnya grup Whatsapp ‪#‎dahbacaquranbelum‬. Saya tidak menyangka itu yang didahulukan oleh Allah dalam perjalanan saya bersama ABDR. Sedangkan dalam senarai usaha saya, itulah yang saya letak kemudian.
.
:
Grup Whatsapp
#dahbacaquranbelum
.
:
Masa buat tugasan pertama dalam ABDR, saya cadang untuk buat kelas mengaji Quran di Whatsapp dan juga satu grup khas untuk para ibu bapa dan saya berkongsi ilmu dan berbincang tentang pendidikan Al-Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Waktu itu dalam hati saya tekad untuk buat ebook Teknik M.A.K. kemudian baru kumpul pembaca ebook dalam grup Whatsapp. Namun, ketentuan Allah selalu lebih baik.
.
:
Satu hari, Puan Masayu Ahmad share di Facebook beliau satu post dari blog saya. Dalam ruangan komen, seorang rakan ABDR memberi idea untuk sebuah grup Whatsapp yang bila masuk mesej sekurang-kurangnya kita tanya diri sendiri, "Eh, aku dah baca Quran belum hari ni?"
.
:
Lalu tanpa bertangguh saya pun buat grup Whatsapp #dahbacaquranbelum.
.
:
Berkat Dalam Berjamaah
.
:
Alhamdulillah. Rakan-rakan dalam grup Whatsapp #dahbacaquranbelum banyak membantu saya dalam edaran pertama ebook Teknik M.A.K. Saya sendiri tidak menyangka page Teknik M.A.K. boleh memperolehi jumlah 'likers' seramai 2000 orang dalam masa dua minggu dengan tidak ada membayar FBads.
.
:
Dalam masa sama saya sedar terhadap satu lagi minat dan kepakaran saya iaitu menulis dan membuat design mudah tetapi kemas dan sedap dipandang (sekurang-kurang dipandang oleh mata saya sendiri la kan. tongue emoticon hehe)
.
:
Lalu saya pun menceburkan diri dalam bisnes buku. Mempromosikan buku dan mushaf Al-Quran. Masih berkaitan Al-Quran dan pendidikan Al-Quran. Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah, dalam bisnes buku saya mendapat jalan untuk menjual buku motivasi, novel dan lain-lain genre buku dalam industri perbukuan negara.
.
:
Kebanyakan buku saya jual sebagai agen dropship. Dengan stok buku-buku bernilai lebih RM30 ribu jika kita nak sedia stok sendiri. Paling tidak satu judul mesti beli borong 30 naskhah untuk dapat diskaun. Dalam bisnes dropship saya ada stok buku bernilai RM30 ribu tanpa perlu modal dan tanpa simpan stok. (Bisnes dropship diajar dan dilatih dalam ABDR)
.
:
Setiap Kita Ada Bakat dan Kemahiran
Yang Mesti Kita Manfaatkan
.
:
"Dan jiwa serta penyempurnaan (penciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah rang yang membersihkan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
.
:
(Al-Quran, surah Asy-Syams; Ayat 7-10)
.
:
Bergabunglah bersama kami dalam keluarga besar ABDR. Jamaah kita saling membantu dalam kebaikan dan saling membantu sesama untuk memanfaatkan kebolehan diri.
.
:
Paling tidak, setiap ibu punya pengalaman dan kisah menarik bersama anak-anak yang mungkin tidak ada pada orang lain. Dikongsikan pengalaman itu lalu menjadi ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain; yang kiraan pahalanya berterusan sehingga kita meninggal dunia sekalipun.
.
:
"Apabila mati seorang manusia, maka terputus amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang berdoa untuknya". (Hadis riwayat Muslim)
.
Berkenalan dengan Ustaz Norudin Draman UstazCahaya
Kelas online blog bisnes ABDR /Pengurus Online ABDR

Saturday 14 November 2015

Tawaran Bisnes Bekerja Di Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Otak sedang berhubung.
Memikirkan satu lagi tawaran bisnes.
Mampukah aku?
Layakkah aku?
Agak-agak korang la kan, tawaran bisnes tu masuk dapur ke?
.
.
.
Ok, stop berfikir.
Jom bermimpi.
Bangun besok mengharapkan mimpi itu jadi realiti


Friday 13 November 2015

Doa Buat Suami Tersayang, Iwan Mahdzuan Mahali


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah



~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~

Bonus Suri Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah...
Tengah-tengah bulan dapat bonus.
Tu bonus tuk suri rumah jak tau.
Suri rumah yang memilih bekerja di rumah...
Bonus Shaklee dapat.
Bonus Akademibekerja Dirumah dapat.
Lepas tu dapat bonus raikan hari lahir ayah kepada anak-anak ku.
Dan satu lagi bonus, hari lahir suami ku Iwan Mahdzuan Mahali jatuh hari Jumaat.
Wah! Banyaknya bonus.
Penuh dengan bonus pla ni bulan ya.




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular