Monday 24 October 2016

Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad


Siapa Khairul Hakimin Muhammad?

Beliau merupakan seorang yang masih bekerja kilang di sebuah kilang automotif dalam negara. Sehingga kini masih menulis buku juga menulis di Facebook beliau. Beliau kerap kali diambil untuk memberi konsultansi bagi memasarkan produk serta memberi idea pengiklanan kepada syarikat kecil dan syarikat mega negara.

Sekarang beliau aktif menulis beberapa genre buku, juga menulis di media sosial yang seringkali viral kerana ulasan dan hemahnya dalam setiap butir kata. Juga mengusahakan studio masakan, Abuain Kitchen Studio di Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi. 

Untuk rekod, kini pengikut beliau seramai 93, 732 (kemaskini; 21/10/2016, jam 8.54 pm) orang di profil Facebook yang mana pengikut beliau terdiri dari semua golongan dan serata negara.

Pernah berguru dengan beberapa ikon pemasaran dunia, kini beliau menggunakan platform kecil seperti seminar ini untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana individu atau syarikat yang ingin memasarkan produk atau menaikkan kreadilibiti profil melalui penulisan di media sosial. 


Format: Paperback
Saiz: 4" x 6”
ISBN-13: RPB
Jumlah Muka Surat: 86
Berat (Kg): 0.05
Harga: RM27 (SM) RM30 (SS) Termasuk kos penghantaran



Berminat dengan buku RPB? Wassap 016-817 8716 segera selagi stok masih ada! Nak jadi agen dropship pun boleh...



Sunday 23 October 2016

Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad


Peringatan buat kalian! Andai selepas anda membaca buku ini pengikut anda tidak bertambah atau melebihi bapa viral ini yang sudah melebihi 93, 732 pengikut ini, janganlah salahkan saya pula.

Hal ini kerana kejayaan bukan semata-mata diukur dengan kuantiti dalam tempoh waktu yang singkat sebaliknya jika di pihak kita ada perubahan kualitinya secara tekal atau berterusan itu sudah cukup memberi isyarat bahawa kita sudah berjaya keluar daripada kepompong yang selesa.


Isi Kandungan

Bab 1 Impak Gambar Profil dan Gambar Kaver
Bab 2 Impak Penggunaan Nama yang Betul
Bab 3 Ejaan dan Tatabahasa
Bab 4 Menulis Status Kehidupan
Bab 5 Menulis Ulasan
Bab 6 Teknik Mendapatkan Pengikut dan Sasaran
Bab 7 Interaksi, Bukan Berbual
Bab 8 Jangka Hayat Post
Bab 9 Posting Berimpak Tinggi
Bab 10 Punchline
Bab 11 Permulaan Pengikut Mengikut Facebook Kita
Bab 13 Fanpage
Bab 14 Larangan Keras
Bab 15 Jadi Pemilik, Bukan Kedai



Format: Paperback
Saiz: 4" x 6”
ISBN-13: RPB
Jumlah Muka Surat: 86
Berat (Kg): 0.05
Harga: RM27 (SM) RM30 (SS) Termasuk kos penghantaran



Berminat dengan buku RPB? Wassap 016-817 8716 segera selagi stok masih ada! Nak jadi agen dropship pun boleh...


Saturday 22 October 2016

Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad


1) Buku ini bersaiz kecil, comel, ringan dan mudah dibawa.

2) Isinya mantap, sesuai dengan tajuknya.

3) Tidak ada persoalan tentang kredibiliti penulis, cari saja di internet dengan kata kunci "Bapa Brownies Kebangsaan". Atau cari saja di FB beralamatkan https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad

4) Tidak ada keraguan dengan isi-isi buku ini, kerana semuanya sudah terbukti.

5) Semasa ulasan ini ditulis (Jumaat, 21 Oktober 2016 jam 8.38 pm), beliau sudah mempunyai 93, 732 orang follower.

6) Tuan Khairul secara tidak langsung (selain isi "teknikal"), hanya mahu yang baik-baik daripada setiap kita, dan berkongsi hanya yang baik-baik sahaja di dunia siber (amnya).

7) Panduan beliau boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, tidak semestinya untuk menjual produk/servis.

8) Asasnya adalah untuk mencari pengaruh (yang baik). Lain-lain akan mengikut di belakang selepas asasnya sudah kukuh.

Banyak pantang larang beliau yang saya "langgar". Masa untuk menilai semula perkongsian saya di FB.

Kesimpulannya, sangat berbaloi dapatkan buku ini!


Format: Paperback
Saiz: 4" x 6”
ISBN-13: RPB
Jumlah Muka Surat: 86
Berat (Kg): 0.05
Harga: RM27 (SM) RM30 (SS) Termasuk kos penghantaran



Berminat dengan buku RPB? Wassap 016-817 8716 segera selagi stok masih ada! Nak jadi agen dropship pun boleh...


Friday 21 October 2016

Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad



Facebook bukan sekadar media sosial untuk kita berkongsi cerita. Sebaliknya, ia sudah menjadi platform bisnes, kerja-kerja komuniti, pertubuhan dan sebagainya.

Mempunyai jumlah follower yang ramai adalah satu sasaran setiap pemilik akaun. Ia bukan lagi semata-mata untuk mendapatkan perhatian, sebaliknya untuk meluaskan lagi capaian maklumat terhadap produk dan aktiviti pemiliknya.

Bagaimana mahu mendapatkan follower yang ramai? Apa strateginya? Apa tindakannya? Bagaimana untuk mengekalkannya? Susahkah? Atau senang saja?

Baca buku ini. Setiap strategi yang dikongsikan oleh penulisnya sudah terbukti berkesan apabila jumlah follower beliau semakin meningkat secara mendadak.

Facebook adalah 'business card' zaman ini.


Format: Paperback
Saiz: 4" x 6”
ISBN-13: RPB
Jumlah Muka Surat: 86
Berat (Kg): 0.05
Harga: RM27 (SM) RM30 (SS) Termasuk kos penghantaran




Berminat dengan buku RPB? Wassap 016-817 8716 segera selagi stok masih ada! Nak jadi agen pun boleh...

Thursday 20 October 2016

Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum


Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Salam penghulu segala hari. Hari Jumaat yang redup dan mendung pagi ni di bumi Sabah terutama kawasan sekitar Kota Kinabalau.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata "Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Berkata Imam Ghazali lagi, "barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"

Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
1) Banyak wang
2) Didengar dan ditaati segala perkataannya
3) Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
4) Diberi kekayaan
5) Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
6) Dijauhkan dari bala dan bencana alam
7) Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.

Beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan latihlah agar ikhlas dalam beribadat.




Wednesday 19 October 2016

Membaca #2: 10 Tips Ketika Anda Sedang Ketandusan Idea Menulis Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Cariah Google


2. Membaca


Membacalah sebanyak mungkin tentang berbagai macam topik. Buku melatih otak anda, memberi inspirasi dan memberikan banyak informasi yang memungkinkan anda untuk menggali idea pada bila-bila saja dengan mudah.

Tak cuba mana nak tau kan...
.
.
.
Bah sini kamurang. Pasang telinga ya. Ada bah aku mo bisik ni. Dengar betul-betul ya.

Kelas blog buat kedai online tu bah kan, mau buat di Sabah ni tahun. Naaa rugi kamu kalau nda join ni kelas. Sudahlah dapat belajar bedepan sama cikgu, dapat lagi belajar online. Naaa tenung-tenung kamu mata tu cikgu mana tau ilmu nya terus turun meresap sampai pi otak. Untunglah!

Kalau ndak faham naaa yang sioknya bila-bila masa jak mau kacau tu cikgu. Tanya jak konon macam-macam soalan sampai tu cikgu pengsan mau jawab. Betul ni aku cakap. Hihihihi aku selalu kacau tu cikgu tengah malam. Rajin jugak dia menjawab apa ku tanya. Bah! Mau belajar kan, tanya jak lah bah. Apa mau malu.

Tapi jangan kamu kacau sembarang arrr. Maksud aku tanya jak apa-apa kamu mauk tanya pasal tu kelas blog. Kalau ndak faham jangan kamu diam-diam. Kamu jugak tu yang rugi. Aku nda rugi sebab aku pun sudah dapat hasil dari tu belajar buat blog.

Ndak kali kamu percaya tu kalau aku cakap aku pernah ada customer dari Manila. Kawan aku punya blog lagi siok. Dia dapat customer dari Korea. Sudah lah hantu korea, melumpat-lumbat bah dapat customer dari Korea. Punya laa happy kan? Naaaa itu blog punya kerja lah. Pijak Manila pun aku ndak pernah. Tapi aku punya blog merantau jauhnya.

Bah! Panjang sudah aku cerita ni. Mari kita baca tu ulasan pelajar-pelajar kelas Blog ABDR.


Sana aku letak tu link arrr, di komen pertama... baca kamu. Jangan kamu ndak baca. Kamu jugak tu yang rugi...



Tuesday 18 October 2016

Bisnes Cara Kami (BCK)

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Apabila buku tu tak boleh stop baca bermaksud buku itu penulisan mesti sempoi and sangat mudah difahami, ini adalah antara buku kegemaran kakfel utk dibaca walaupun ianya buku sendiri. Bayangkan semalam penerbit Atie Zambuku terjual lebih 500unit!



Tidak seperti buku yg berat bacaan nya, kami tampilkan kelainan dari gaya penulisan dan konsep kefahaman dengan pelbagai gambar kakfel dan suami Rafie Ramli dri zaman dahulu kala hingga kini kala.

So, jika siapa nak personal coaching buku ini adalah guru terbaik anda. Setiap hari seperti kena marah dgn cikgu. Siapa berani ja boleh beli!
(KAK FEL) 

Macamna nak beli buku ni?

Bagi yang berminat untuk dapatkan BUKU BISNES CARA KAMI (felinna nadea ed fattah) boleh mula buat tempahan ya.


Kami sudah buka tempahan untuk kalian yang mahu dapatkan buku BISNES CARA KAMI

Yang berminat untuk dropship juga dialu-alukan


RM 35 (Semenanjung)
RM 38 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Bisnes Cara Kami (BCK)

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah






Ingat satu sahaja, ketika ditimpa ujian Allah tak minta kita jadi super hero yang boleh selesaikan semua masalah. Dia cuma minta kita SOLAT dan SABAR sahaja. Doa. Kalau kita buat tu, insyaAllah mudah jalan kita nak jadi jutawan.


"Jangan tanya apa rahsia kejayaan kami sekarang. Tapi tanyalah betapa sukarnya hari lepas yang kami lalui untuk mendapatkan semua ketenangan ini. Semoga terinspirasi!" (Petikan BUKU MINI BISNES CARA KAMI)



Apa yang menarik tentang buku mini BCK?

1. Comel, Size A6.

2. 96 mukasurat.

3. Ada bonus Amalan Doa Murah Rezeki

4. Muka pertama ada ruang untuk letak bisnes kad, sesuai sangat jika kalau nak dijadikan free gift untuk customer tersayang.

5. Senang nak bawa ke mana.



Lebih banyak anda beli lebih penjimatan anda akan dapat. tak percaya? Wassap la Rieya 016-817 8716



RM 17 (Semenanjung)
RM 20 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran


Buku Rahsia Penulisan Berpengaruh

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


12 Minit Pertama



Setiap kali meletakkan post di FB, ia akan 'hidup selama 12 minit. Jika komen dan like berlaku dalam tempoh tersebut, hayat post akan bertambah 12 minit lagi. Inilah logaritma asas di FB. Ruangan komen turut mempunya sistem interaksi LIKE & REPLY dapat bantu post tersebut muncul di wall rakan-rakan. Jika ada komen, kita perlu menjawab satu persatu. Komen dengan cepat dan klik LIKE pada komen yang disukai.



Jom baca lagi dalam BUKU RAHSIA PENULISAN BERPENGARUH. Hampir 50,000 followers di FB semua rahsia ada dikongsi dalam buku ini




RM 27 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran


Blog Membantu Pemasaran Online


Pelajar : Hamidah Burham
Ulasan : Kelas Blog Bisnes Penulisan
Guru ABDR : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Hamidah Burham       








Bismillah..

Selamat petang sahabat positif Cik Mid.

Subhanallah.. tak tau lagu mana nak ucap terima kasih kepada semua 69,763 pengunjung blog jahitan Cik Mid ni. Allahu.. terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat blog Cik Mid ni. Doakan Cik Mid akan terus menulis topik-topik bermanfaat untuk anda semua.

Bagi Cik Mid, blog sangat membantu prospek mengenal kita dengan lebih cepat dan menyeluruh. Kebanyakan pelanggan Cik Mid adalah dari pembaca blog Cik Mid dan seterusnya menjadi rakan fb. Kalau anda nak tahu cara menulis blog dengan betul, carilah mentor seperti Cikgu saya ni Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.😊 

#gslmatdik
#midzcouturejualsongketsarawak


Moga beri semangat untuk kalian yang mahu belajar berblog.
😍😍

 #teamabdr #kelasblogabdr #janapendapatandenganblog

Otak #1: 10 Tips Ketika Anda Sedang Ketandusan Idea Menulis Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google



1. Otak

Latih otak anda. Otak, sama seperti tubuh badan kita yang memerlukan latihan dan senaman untuk kekal fit dan bertenaga. Tanpa latihan yang cukup, maka otak akan menjadi lemah tidak bermaya. Latih otak anda dengan banyak membaca, Bacalah buku-buku yang berfaedah seperti buku motivasi agar ia memberi anda inspirasi dan idea untuk menulis. Bergaul dengan orang yang lebih pintar dan saling berdebat dengan mereka.


Berdiskusi boleh menjadi salah satu latihan yang luar biasa bagi sel otak. Tapi harus ingat, berdebat tentang sebuah topik yang menarik (contohnya, tip mula bisnes tanpa modal) baik untuk sel otak anda. Berdebat tentang hal yang remeh temeh hanya membuang masa dan itu sangat merugikan.

Jika anda masih ketandusan idea menulis blog, ayuh sertai kami jemaah Akademi Bekerja Di Rumah dengan menjana pendapatan melalui blog ABDR.

Bagaimana mahu mendaftar kelas ABDR?
Pilih mana mana kategori berikut.
1. Blogshop
2. Asas blog dan penulisan
3. Asas akaun bisnes kecil

Pilih lokasi.
1. Kota Bharu
2. Shah Alam
3. Johor Bharu
4. Sabah

November ini berlangsung di Royal Plaza Putatan, Sabah.

Notakaki: Follow Rieya ketat-ketat tau. Tips kedua di status akan datang. Tungguuuu...





Friday 14 October 2016

Pengalaman Pertama Cuba Berniaga Bazaar


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Ramai memandang rendah terhadap peniaga kecil-kecilan. Mereka beranggapan bahawa yang mula berniaga kecil-kecilan ini akibat desakan hidup dan terlalu miskin sedang mereka belum mencuba dan merasai sendiri keseronokkan dalam dunia perniagaan. 

Teringat sewaktu mula berniaga bazaar setahun yang lalu. Seingat Rieya, 3 hari 3 malam sebelum tiba hari bazaar suami tak henti-henti bertanya sama ada Rieya betul-betul yakin dan nekad boleh buat seorang diri. Maklumlah sorang-sorang  jaga booth dari pagi ke malam. Kalau nak makan, nak ke toilet, layan customer ramai-ramai yang datang serentak, mampu ke buat. Tambah pula pengalaman berbazaar, zero.

Bagi Rieya, kalau tak bermula sekarang nak tunggu sampai bila? Kalau tak cuba sekarang sampai bila nak cipta pengalaman berbazaar?  So Rieya pejam mata dan yakin boleh. Untung rugi semua belakang kira. Apa yang penting adalah bermula dan cipta pengalaman baru walau beraksi solo mengatur dan mengurus semua persiapan dan perjalanan di booth bazaar.

Alhamdulillah. Allah beri Rieya peluang merasai susah payah berbazaar.  Rieya bersyukur dan sangat seronok berniaga. Dari satu bazaar ke satu bazaar Rieya sertai. Setiap bazaar, Rieya raih pengalaman yang berbeza.  Walaupun cuma 2 hingga 3 hari setiap bazaar yang dianjurkan tapi hasilnya lebih besar dari gaji sehari sewaktu Rieya bekerja makan gaji. Biasalah adat orang berniaga. Ada pahit dan ada manis. Ada untung dan rugi tapi Rieya dapat banyak pengalaman dan pengajaran dari kerja-kerja ini.


Cabaran Mulakan Bisnes

Rieya bermula dengan kosong. Idea yang datang atas desakan hidup. Berpunca dari hutang-hutang tertunggak. Kerja bertahun-tahun tapi simpanan tak pernah kekal lama dalam bank. Setiap bulan duit belanja tak perna cukup. Bila tak cukup, simpanan jadi mangsa. Duit tabung juga selalu jadi sasaran. Pelaburan saham juga habis terpakai. Walau syiling juga digorek dalam tabung.

Empat bulan pertama berhenti kerja terasa indah. Seronok tak terkata. Masa semua dihabiskan dengan anak-anak di rumah. Penghujung bulan keempat tiba-tiba terasa dihempap batu besar. Sana sini pegawai bank  hubungi. Telefon dibiar berdering. Barang kemas habis digadai untuk tutup sementara hutang yang ada. Dari situ baru tersedar. Rieya perlukan pendapatan.

Mohon kerja baru tidak pernah berhenti. Sana sini permohonan dilayangkan. Rezki permohonan tak pernah putus cuma gaji yang ditawarkan kurang berkenan. Bukan sebab berkira dan memilih kerja cuma membandingkan harga barang harian tidak setimpal dengan gaji yang ditawarkan. GST sudah bermula. Untuk apa bekerja makan gaji, jika duit gaji bulanan hanya habis diatas jalan sedang anak-anak di rumah perlukan susu, pampers dan pelbagai belanja harian. Jumlah gaji hanya mampu untuk menyara diri sendiri.

Bermula dari situ timbulnya idea. Idea keluar dari kesusahan hidup. Rieya harus belajar berniaga offline. Harus bermula dari kedai-kedai kecil. Namun perancangan sedikit tersekat kerana ketiadaan modal untuk bermula. Sewa kedai, modal pusingan semuanya kosong.  Nak suarakan cadangan dengan suami, mulut seperti dijahit. Kaku terkunci. Tak mampu nak luahkan hasrat. Mungkin takut suami membantah. Tambah pula duit gaji suami hanya cukup untuk tampung belanja harian. Itu pun banyak catuan dibuat. Langkah berniaga offline ditangguhkan seketika.

Satu sikap Rieya yang tak pernah putus asa. Walau sedikit kecewa, semangat dan motivasi diri dikuatkan. Sentiasa bagi semangat untuk diri sendiri. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak? Kalau orang lain boleh berjaya, aku pun apa kurangnya? Fizikal badan cukup sempurna. Tak ada yang kurang. So dari situ, dalam diam Rieya kumpulkan duit hasil nafkah suami dan hasil jualan produk Shaklee secara online. Perancangannya untuk dijadikan modal bisnes offline.

Namun duit yang dikumpul dijadikan modal untuk belajar bina kedai online. Perancangan awal tadi sudah tersasar. Tapi Rieya yakin dengan belajar berblog juga akan mendatangkan hasil.


Berkawan Dengan 'Uncle Google'

Di awal tahun 2015, Rieya rajin berkawan dengan 'uncle google'. Pelbagai tips dicadangankan memulakan bisnes dari rumah. Tutorial bina blog juga ada. Pelbagai maklumat akademi dan upah bina blog Rieya temui.


Pada mulanya, Rieya cuba belajar sendiri ikut tutorial daripada beberapa entri di blog blogger. Berjaya cipta blog sendiri tetapi bila tahap penggunaan gadget 'java script', Rieya mati kutu. Tak tahu nak buat apa. Tak faham apa itu 'java script'. Rieya cuba berlagak peramah hubungi blogger berkenaan. Konon nak minta tunjuk ajar percuma. Maklumlah nak jimatkan duit yang ada. Blogger berkenaan juga menyapa dengan mesra. Cuma yang tak seronoknya, beliau meminta untuk baca satu persatu langkah yang diberikan dalam entri beliau. Ikut saja, tambahnya. Rieya binggung! Dah ikut semua langkah demi langkah tapi apa maksud 'java script'?

Ada pula yang meminta upah RM400 untuk sempurnakan satu blog. Itu cuma blog yang asas sahaja. Jika nak blog premium, upahnya sudah mencecah RM600 keatas. Dalam hati, mak ai mahal nya. Takkan aku nak labur RM400 ni? Lepas blog tu siap aku nak buat apa? Kalau ada tak faham, siapa nak tunjuk ajar? Nak ke orang tu ajarkan nanti? Suara hati Rieya berbisik. Memandangkan rasa berat hati nak bayar upah semahal tu. Ya cukup mahal bagi Rieya yang tidak punya hasil pendapatan sendiri. Duit belanja semua mengharapkan suami.

Doa tak pernah putus agar ditemukan dengan mentor blog yang sanggup memberi tunjuk ajar. Allah  maha mendengar segala isi hati hambanya. Di awal Februari 2015 Rieya di pertemukan dengan Puan Anys Idayu Zakaria, blogger dan juga guru online di Akademi Bekerja Di Rumah melalui blog dan fesbuk.

Rieya follow blog dan fesbuk Cikgu Anys. Banyak kata-kata positif dan semangat untuk Rieya. Sebulan rasanya asik skodeng fesbuk Cikgu Anys. Hari-hari terjah blog Cikgu Anys. Di awal Mac 2015, Rieya beranikan diri menyapa dan mohon tunjuk ajar dengan Cikgu Anys. Bermula dari situ, Rieya semakin nekad nak berguru.

Alhamdulillah, bermula Jun 2016 Rieya berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Bermulalah kisah Rieya nak jadi blogger dan buat bisnes online melalui medium pemasaran blog.


Terjebak Dengan Dunia Bazaar

Tiga bulan fokus belajar blog dan cara menarik minat pembaca untuk dijadikan pelanggan. Alhamdulillah, tiga minggu pertama belajar blog di Akademi Bekerja Di Rumah sudah berhasil walau pun ketika itu baru siap menyelesaikan tugasan entri ke-33 (minggu ke 3 berblog). Pendapatan pertama melalui blog RM150. Bagi kalian yang sudah biasa, itu mungkin kecil tapi bagi Rieya jumlah itu dikira besar.

Dengan bermodal seratus lima puluh ringgit (RM150) hasil upah buat fesbuk page, Rieya beranikan diri memulakan usaha.  Mujur sewa lot bazaar anjuran organizer Sabah Preloved Item (SPI) ketika itu sangat murah. Cuma RM150 untuk bazaar niaga selama tiga hari. Bagi Rieya yang tidak cukup modal ni sebenarnya rasa besar juga jumlah sewa RM150 tu. Apa yang menariknya bazaar ni, meja kerusi dan alas meja semua disediakan. Peniaga cuma perlu bawa barangan jualan sahaja. Setup booth jualan seawal 8.00 pagi dan siap untuk berjual beli pada 10.00 pagi.

Hari pertama bazaar, sambutan agak mengecewakan. Hasil jualan cuma dua puluh lima ringgit (RM25) sahaja yang dibawa pulang. Modal sewa sehari juga tidak lepas. Belanja makan minum dan tenaga apatah lagi.

Pulang dengan sedikit rasa kecewa. Tapi mulut tak henti berdoa moga jualan esok hari esok membuahkan hasil. Otak ligat berfikir. Macam mana aku nak tarik perhatian pelanggan datang membeli?

Tiba-tiba terfikir dengan cadangan makcik tukang sapu. Dia mencadangkan agar jual makanan seperti sarapan pagi dan makanan tengah hari untuk pekerja di sana. Ini kerana tidak ada satu food court di dalam mall berkenaan kecuali restoran westen food yang agak mahal.

"Biasalah tekak orang kampung mana biasa disumbat dengan makanan orang putih. Mahal pula tu", tambahnya lagi. Dengan cadangan itu, terfikir untuk mencuba jual kueh teow kerang untuk sarapan pagi. Makanan kegemaran anak dan suami. Makan tengah hari pula nasi campur. Satu lauk dan satu sayur cukup la.

Hasil jualan RM25 dihari pertama bazaar dijadikan modal untuk bazaar hari kedua. Cukup-cukup untuk membeli bahan mentah seperti kueh teow dua bungkus, kerang dalam tin 2, paha ayam 1 kilo, setengah kilo hati ayam dan sayur kacang panjang 2 ikat. Bahan-bahan lain Rieya guna apa sahaja yang ada di dapur.

Sasaran pelanggan Rieya ialah pelajar sekolah untuk produk kesihatan Shaklee. Jualan sarapan dan makan tengah hari pula Rieya sasarkan di kalangan pekerja-pekerja dalam mall berkenaan dan juga rakan-rakan peniaga yang lain. Alhamdulillah matlamat Rieya tercapai. Pertama, Rieya dapat bekalkan sarapan pagi dan makan tengah hari kat diorang dan kedua diorang pula tambah ekonomi Rieya.

Awal-awal pagi Rieya bangun masak kueh teow, lauk dan nasi. Bungkus siap-siap dan sedia untuk dibawa ke booth jualan. Pada mulanya rasa khuatir juga memikirkan sedap ke hasil air tangan aku? Boleh diterima ke anak tekak pelangan yang membeli? Boleh habis terjual ke tidak makanan ni? Sepanjang waktu menyediakan makanan, doa tak pernah putus  dalam hati. Semoga diberi keberkatan atas usaha yang tak seberapa. Doa semoga semua jualan makanan yang Rieya masak menjadi rezeki yang halal dan baik untuk semua pelanggan yang membeli. Begitu juga dengan produk Shaklee. Doa semoga ada juga sebotol dua yang terjual.

Hari kedua bazaar merupakan hari raptai bagi acara sambutan hari kemerdekaan pada tahun itu (2015). Alhamdulillah. Lega rasa hati. Jam 1.00 petang semua jualan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari habis terjual. Alhamdulillah. Semua habis. Yang tinggal cuma minuman kesihatan Shaklee yang siap dibancuh. Petang ke malam, hingga berakhirnya bazaar hari kedua Rieya cuma fokus promosi produk Shaklee sahaja. Modal sewa juga lepas. Dapat jugalah cover untuk sewa hari pertama. Hari kedua pulang dengan satu semangat baru. Rasa seronok berbazaar mula dirasai.

Esok adalah kemuncak sambutan hari kemerdekaan. Seawal 5.00 pagi, para peserta acara perbarisan sudah bersiap sedia. Sudah tentulah mereka tidak sempat sarapan di rumah. Dengan itu, idea menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari sekali lagi untuk mereka.

Kali ni Rieya masak lebih sikit. Jangkaan ramai pelanggan yang akan datang. Rasa letih semalam masih ada. Tapi memikirkan matlamat pulangan modal RM150 sewa bazaar, Rieya gagahkan diri memasak untuk hari terakhir bazaar. Hari ini Rieya masak telur sambal, ayam masak merah, daging kicap, sambal terung kicap, kacang panjang campur hati ayam. Kuih pula Rieya tempah 'tausa piang' enam puluh sen sebiji. Rieya jual seringgit sebiji. Dapatlah untung empat puluh sen setiap biji 'tausa piang' yang terjual. Sambil mencari pendapatan sendiri, Rieya sempat juga beri pendapatan pada orang lain. Betul tak?

Alhamdulillah. Jualan hari ketiga bazaar juga habis terjual. Jam 3.00 petang Rieya cuma fokus jual produk Shaklee. Ada beberapa pelanggan 2-3 kali datang membeli lauk yang sama iaitu telur sambal. Sedap katanya. Siap minta resepi. Lega rasa hati bila pelanggan suka dengan masakan Rieya. Kueh Teow Kerang juga mendapatan sambutan yang agak memberangsangkan. Sempat masak tiga bungkus. Ramai yang kecewa tak sempat rasa.


Tambah Kenalan Baru

Hari ketiga berbazaar ditemani mak dan suami. Anak-anak juga Rieya bawa sekali memandangkan ada acara mewarna untuk kanak-kanak. Rieya menjaga booth jualan ditemani mak. Suami pula melayan anak-anak bermain dan menyertai pertandingan mewarna. Walau pun tak menang apa-apa hadiah tapi mereka seronok. Dapat pula bergambar bersama maskot Olaf. Trend kartun frozen kegilaan ramai kanak-kanak.

Sesekali mak membantu menjaga booth jualan dan ketika pelanggan tidak ramai Rieya mengambil kesempatan meronda semua booth-booth jualan yang ada. Berkenalan dengan semua peniaga yang turut serta dalam bazaar tersebut sambil mengedar flyers Shaklee. Di samping dapat menambah kenalan baru, dapat juga berguru dengan otai-otai bazaar.


Aku Penjual, Aku Pembeli 

Sewaktu berbazaar, Rieya letakkan harga semurah mungkin. Dapat untung sikit cukuplah. Sekurang-kurangnya sambutan meriah. Jualan juga habis. Untuk bazaar kemudian hari pelanggan sudah kenal. Harga murah, rasa sedap. InsyaAllah.

Rieya juga letakkan diri sebagai pembeli. Suka membeli barangan dengan harga murah tapi berkualiti. Jika makanan, sudah tentunya nak yang sedap dan berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Jadi begitu juga yang Rieya buat ketika berniaga. Cuba sedaya upaya menyediakan makanan yang bersih, rasa yang sedap dan berbaloi dengan harga.

Tipulah kalau tak ada rasa nak letak harga tinggi sikit. Nak dapat untung lebih. Rasa tamak dalam hati tu ada. Tapi Rieya belajar dari pengalaman sebagai pembeli. Biar untung sikit tapi pelangan sentiasa ada dan tidak pernah putus. Nak berniaga bukan sehari dua tapi kalau boleh biarlah anak cucu jadi pewaris hasil titik peluh Rieya.

Bak kata peniaga veteren, biar bermula dengan sedikit dan lambat, asalkan kukuh dan bertahan lama. Walau pun sikit asalkan berkat. Barulah rezeki datang melimpah.


Kikis Sifat Boros

Sepanjang berbazar, Rieya dapat mengikis sifat boros. Sebenarnya Rieya taklah boros sangat pun. Cuma sewaktu bekerja makan gaji dahulu, kalau berkenan dengan sesuatu barang tu dah sah confirm nak beli. Lebih-lebih lagi supermarket bersebelahan je dengan office. Bila-bila masa ada jualan murah pasti ada saja di bawa pulang. Mak pun selalu membebel bila ada saja Rieya kirim untuk mak dan adik-adik. Lebih baik simpan duit tu di bank katanya. Susah nanti ada juga boleh diguna. Betul kata mak.

Alhamdulillah. Semenjak berbazaar ni dapat juga mengekang sikap boros. Tak beli lagi beli barang-barang yang tidak berapa penting. Barulah sedar mengumpul duit itu lagi bagus daripada membuang duit! Hahaha... dalam hati padan muka! Siapa suruh tak dengar cakap mak.


Pesta Buah

Bazaar niaga kedua yang Rieya sertai adalah anjuran dari Jabatan Pertanian pada September 2015. Bazaar kali ni Rieya dengan kenalan baru. Tak tahu dari mana datangnya chemistry kami berlima. Sepakat berkongsi modal satu ratus (RM100) seorang.

Pesta buah berlangsung selama dua minggu. Barang jualan haruslah berdasarkan buah. Kami memilih menjual 'pisang cheese' yang di masak di tapak jualan. Panas-panas sudah tentu pelanggan suka. Jenis jualan tidak banyak. Cuma 'pisang cheese' (jualan utama), rojak buah dan beberapa jenis minuman seperti jus mangga, jus oren dan air bandung laici.

 

Pisang Goreng Keju

Membeli bahan mentah, memotong, menggoreng, melayan pelanggan kami lakukan bersama. Sama-sama memberi komitmen.

Pesta buah berlangsung selama dua minggu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tapi gerai jualan, kami buka bermula 4.00 petang hingga 10.00 malam. Jika jualan habis awal, kami tutup 8.00 malam.

Sasaran jualan kami, tertumpu pada pelancong asing yang menyewa hotel berhampiran bazaar pesta buah. Alhamdulillah. Sambutan sangat luar janggaan. Adakalanya tak menang tangan kami berlima dibuatnya. Pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran.

Pendapatan bersih sepanjang dua minggu berbazaar lebih kurang 2k selepas ditolak semua segala kos perbelanjaan yang ada. Berniaga cuma 4-5 jam sehari berhasil dengan 2k. Alhamdulillah.


Hasilkan Produk Sendiri

Sepanjang setahun terjebak dengan dunia bazaar di hujung minggu, sudah dua jenis makanan Rieya cipta sendiri. Yang pertama adalah Roti Goreng Adhwa. Ini adalah cadangan dari suami. Rieya mencuba dan dia merasa. Bila suami kata sedap dan boleh jual, Rieya usahakan. Alhamdulillah. Pertama kali Rieya jual di bazaar bertemakan 'Hallowen', 40 biji terjual di hari pertama. Percubaan pertama mendapat sambutan luar jangkaan.

Pernah juga Rieya bawa menu ini ke pejabat MARA untuk dipasarkan. Banyak pula prosidurnya. Maklumlah, namanya juga makanan. Sudah tentu banyak pihak terlibat seperti JAKIM untuk sahkan halal haramnya bahan mentah yang digunakan, MARDI dan sebagainya.

Label dan pembungkusan juga diambil kira. Semuanya memerlukan modal yang besar. Oleh itu, Rieya putuskan hanya jual di bazaar-bazaar kecil sahaja terlebih dahulu. Bila modal sudah mencukupi barulah pasarkan di luar kawasan Kota Kinabalu.



Tempahan Pelanggan


Produk kedua Rieya cuba adalah 'Popia Kacang'. Maklumlah, anak-beranak penggemar 'Batang Buruk'. Idea ini muncul di minggu kedua Ramadhan. Sebenarnya kulit popia yang ada tu nak guna untuk buat Roti Goreng Adhwa tapi selalu berbazaar dalam 'shopping mall' yang tidak membenarkan proses masak memasak. Oleh itu, Rieya cuba ubah suai 'Batang Buruk' menjadi Popia Kacang by Adhwa Cookies.

Untuk permulaan Rieya buat Popia Kacang hanya 15 balang kecik dan 2 balang besar. Bagi balang kecil Rieya cuba jual RM18 untuk 45-50 biji. Bagi balang besar pula RM36 untuk 95-110 biji.

Ada juga yang bertanya kenapa kuantiti setiap balang tak sama? Maklum sajalah, tangan dua kerat ni saja yang buat. Adakalanya gulungan kulit popia tu tidak sekata. Ada pula kecil sedikit. Rieya cuma penuhkan balang yang ada. Bila saiz popia kecik, maka lebihlah kuantitinya. Jika saiznya semua besar, maka kuranglah kuantitinya. tapi yang penting, inti popia itu sendiri penuh dengan kacang panggang!


 

Popia Kacang by Adhwa Cookies

Tanpa sedar sepanjang dua minggu berbazaar dipenghujung Ramadhan, Rieya sempat jual hampir 150 balang Popia Kacang by Adhwa Cookies. Sambutan bukan saja dikalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu. Ada juga datang dari negara Brunei yang datang beraya di Kota Kinabalu. Pelancong dari Korea, Taiwan, Cina, Hongkong, Thailand juga ada membeli. Luar kawasan Kota Kinabalu juga ada seperti Sandakan, Semporna Tawau dan Kota Belud. Jangan tak tau, Popia Kacang by Adhwa Cookies sempat terbang hingga ke Shah Alam.

Ada juga dikalangan rakan-rakan berbangsa cina sempat tempah 4 hingga 6 balang untuk kudapan di pejabat. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.


Mencari Jawatan Kosong

Hari demi hari beralu. Tanpa Rieya sedar, sudah satu tahun satu bulan tiga belas hari pada hari ini (13.10.2016) hidup dengan aktiviti bazaar di hujung minggu dan hari-hari perayaan. 

Pernah terbaca perkongsian seorang blogger bahawa berniaga adalah jawatan kosong yang tidak pernah penuh. Jawatan kosong yang sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.

Kita boleh jual apa sahaja produk dan perkhidmatan yang disukai. Mahu bermula dengan modal kecil mahu pun modal besar. Bermula tanpa modal juga ada. Apa yang perlu adalah minat dan keinginkan untuk bermula. Tapi diingatkan, jangan bermula dengan pinjaman. Itu menempah maut namanya. keuntungan belum terjamin sudah berani menempah hutang. Bila perniagaan gagal siapa yang nak tolong bayar hutang?

Bila difikirkan semula, berniaga ini sebenarnya sangat mudah. Bermula tanpa modal juga boleh. Bermula dengan modal yang paling minima juga boleh. Apa yang penting usaha dan tawakkal kepada yang maha Esa. Kita hanya merancang dan Dia sebaik-baik penentu segalanya.

 



Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular