Sunday 16 July 2017

Geng Like: Apa Hebatnya #GengLike?



Teks: Nasriah Abdullah

Hebat sungguh #networking bersama team #GengLike. Sejujurnya Geng Like sudah banyak membantu Rieya dalam ber-networking dengan hampir 3000 rakan-rakan yang positif. Walau pun baru setahun lebih bersama keluarga besar Geng Like dan mengenali rakan-rakan di Geng Like tapi hubungan persahabatan yang terjalin seperti adik-beradik.

Kami saling support dalam memotivasikan diri, berkongsi idea dan pengalaman dalam membangunkan bisnes masing-masing tanpa ada rasa iri hati mahupun dengki.

Bersama Geng Like, Rieya sudah mula sedikit mahir dalam mewujudkan engagement di FB berbanding sebelum ini posting Rieya sering sepi tanpa pengunjung. Asik krik krik sahaja umpama cengkerik berlagu riang.

Ada yang tak pernah dengar cengkerik berbunyi tak? Boleh dengar di ruangan komen, ok. Hihihi… 

Rieya sangat bersyukur, kemahiran menulis semakin ada peningkatan. Bukan nak memuji diri sendiri. Ini Rieya sedari dari komen dan ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan yang respon di beberapa posting FB sebelum ini. Ada juga yang direct berikan komen di wasap Rieya. Siap nak berguru. Terharu sangat.

Bersama team Geng Like, Rieya mula belajar macam mana nak buat “Call To Action” agar posting tak krik krik. Ini sangat membantu dalam menghasilkan sale dengan kaedah “iklan tanpa sengaja”. Walau pun jarang-jarang beriklan secara langsung, sudah ramai mula mengenali produk dan perkhidmatan yang Rieya tawarkan. Alhamdulillah.

Oh, ya! Lupa nak bagitahu. Sebenarnya Rieya sudah 3 kali daftar kelas yang sama di Group Support Like (#Integra dan #Vellfire)/Geng Like (#GLFD). Walau topik kelas sama tapi networking yang terbina semuanya baru. Tak pernah wujud rasa bosan kerana setiap batch kelas, Rieya raih pengalaman dan idea baru. Tambah pula sekarang modul kelas Geng Like sudah di “upgrade”. Bangga tau! Rasa teruja nak join lagi.

Selain dari belajar “Personal Branding”, ada 5 lagi topik penting yang akan dipelajari iaitu “Copywriting, Content Marketing, StoryTelling, Engagement FB dan Networking”. Fuuuuh! 6 dalam 1 dengan yuran yang sangat berbaloi dan jimat. 6 topik penting di dalam modul Geng Like yang baru ini sangat diperlukan oleh “newbie online seller” seperti Rieya yang baru nak bertapak dalam dunia bisnes online dikala sudah ramai otai-otai bisnes menempah nama. InsyaAllah, doakan Rieya juga berjaya seperti mereka.

Apa yang Rieya dapat katakan disini, walau pun nama kelas ini GENG LIKE tapi ianya BUKAN SEKADAR LIKE sahaja. Geng Like juga BUKAN ROBOT untuk bantu havoc-kan posting anda. Geng Like penuh dengan ilmu yang wajib kita hadam dan praktikan sebagai newbie online seller.

Dengan itu, Rieya sarankan agar sahabat-sahabat di luar sana yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online, kelas #GengLikeModulBaru ini sangat sesuai untuk anda.

Kepada sahabat-sahabat yang mahu sembang-sembang tentang maklumat #Geng_Like, buang rasa malu dan segan kalian. Jom PM Rieya. Tak malam ni, esok pun boleh.

Akhir kata, Rieya doakan semoga kalian dibukakan hati dan ditunjukan jalan yang mudah dalam mengharungi liku-liku dunia bisnes online yang kalian ceburi.

Selamat malam. Mimpi yang indah-indah ya.


Rieya #AgenGengLike
-Suka bantu rakan suri maju bersama

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular