Wednesday 19 July 2017

Hadiah Syawal 2017


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Abam Posmen

Alhamdulillah. Petang-petang macam ni dapat hadiah. Abam posmen dengan gembiranya datang hantar hingga ke pintu rumah. Rajin sungguh abam posmen tu.

Siap bagi salam dengan penuh tertib dan ketuk pintu sekali. Tak macam abam-abam posmen sebelum ni. Jangankan bagi salam atau ketuk pintu, di honnya jer dari bawah.

Maklumlah, rumah bertingkat-tingkat ni lain situasinya. Kau hon di bawah, duduk ber-aircon di dalam kereta sambil mengharap 1 taman perumahan datang menyerbu kereta kau dekat sana dan bertanya, "Abam, barang aku ada sampai?", memang mimpilah. Kalau malas sangat, baik resign dan duduk di rumah buat kerja dari rumah. Apa pun yang berlaku, itu semua tinggal kenangan. Perlu dilupakan dan kita perlu move on.


Hadiah Pek Percubaan Produk Penjagaan Kecantikan Jenama Kleyn oleh Nor Atika Sobri

Ok. Move on. Hadiah apa yang saya dapat? Satu dari founder produk skin care Kleyn, Nor Atika Sobri. Dapat trial pack 3 in 1 Facial foam, UV cream dan treatment cream. Comel jer packaging nya. Secomel orangnya. Terima kasih Tika sudi bagi kita rasa produk ni.


Hadiah E-Duit Raya Oleh NFatihah Suhaimi

Kedua dapat hadiah e-duit raya dari NFatihah Suhaimi. Baru perasan nama Nasriah Abdullah ada kena tag sebagai pemenang. Waaah! Best nya. Syawal nak habis dah. Dapat e-duit raya pula tu. Terima kasih Tiya.sudi pilih nama kita sebagai salah seorang pemenang.

Rieya #CahayaNurAdhwa
-Suka support kawan-kawan. Macam tu lah baru namanya #GengLike. Eh! Korang perasan tak? Macam best jer sebut nama "Tika", Tiya" ni kan? Jangan salah orang sudahlah yer. Dua-dua pun comel.https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f75/1/16/1f618.png
😘


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular