Wednesday 19 July 2017

Jangan Malas Menulis!


Teks: Nasriah Abdullah


Teringat pesan #BizCoach

Kita ni ramai kawan usahawan. Usahawan di negara ni kita ramai yang hebat-hebat. Usahawan baru. Usahawan lama. Semua punya idea dan strategi hebat dalam bisnes masing-masing. Bisnes offline mahu pun online.

Cuma satu saja masalah usahawan kita. Usahawan baru. Usahawan lama. Ramai yang suka simpan idea dan strategi dalam kepala. Ya, tidak semua tapi ramai. Betul tidak? kalau salah betulkan saya.

Mereka ingat boleh tekan butang search kalau lupa. Hahaha ada yang terfikir macam ni ke? Ada yang sentap ke?

Tip nya mudah saja. Rekod. Dokumenkan strategi dan idea yang ada. So maksudnya kita kenalah bermula dengan MENULIS. TULIS apa saja idea yang terlintas dalam kepala. Tulis point-point penting saja pun tidak mengapa. Bila ada masa, tulisan boleh dikembangkan. Mungkin jadi bentuk cerita, rencana, atau apa saja.

Salah satu #Tip_Usahawan yang saya maksudkan ialah dokumenkan strategi yang ada melalui rancangan perniagaan (business plan).
TULIS. REKOD. DOKUMEN. Jadikan satu.

Rancangan Perniagaan ni kita boleh dibahagikan kepada empat topik utama iaitu #Pentadbiran #Operasi #Pemasaran dan #Kewangan.

Tulislah setiap strategi di 4 topik utama tadi. Mungkin hari ini lain ideanya. Esok ada pula idea baru. So rekod itu sudah ada dan boleh dikembangkan lagi.

Kita ini manusia biasa. Sehebat mana pun kita, tetap tidak akan sempurna 100%. Betul, tidak? Andai esok lusa kita punya masalah penyakit lupa, ada dokumen yang telah direkod sedia membantu. Hihihi...

Selamat mencuba. Moga berhasil ya kawan-kawan usahawan semua.

Rieya #AdhwaCookies
- Jangan susah. Kalau lupa, jom makan kacang. #PopiaKacang kan ada https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f0/1/16/1f60b.png
😋https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f0/1/16/1f60b.png


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular