Friday 21 July 2017

Jemputan Majlis Kesyukuran, Puan Dayang Khatijah Datu Bachtiyal - Presiden IKSnita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum dan salam kedamaian buat semua rakan pembaca yang tidak pernah jemu menjamu mata di ruangan ini. Walau pun serba ringkas dan santai sahaja, kalian tetap setia menanti entri-entri segar dari ku. Alhamdulillah.

Ku doakan semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan yang telah dirancang, melapangkan hati-hati kita yang gundah-gulana dan membuka pintu-pintu rezeki yang luas dari arah yang tidak disangka-sangka. Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.

Saja pepagi ni nak berkongsi kenangan indah semalam di majlis kesyukuran keluarga puan presiden IKSnita Sabah atas kepulangan anak beliau dengan membawa segulung ijazah dengan keputusan yang sangat dibanggakan oleh keluarga. Seronok. Bahagia dan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah. Begitulah kegembiraan yang dirasakan seorang ibu atas kejayaan anaknya.

Di samping majlis doa kesyukuran buat anak beliau, turut diselitkan juga doa selamat buat persatuan IKSnita itu sendiri. Beliau berharap dan mendoakan semoga segala rencana yang bakal diatur dan dirancang akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Aamiin.

Kejap...kejap...kejap nak bisik ni. Dengar baik-baik ya. Hihihi...Makanan yang dihidang semalam versi kampung-kampung. Hahaha...jangan marah. Sebenarnya , musim raya ni ramai ambil kesempatan buat majlis kahwin, jamuan rumah terbuka raya dan diselitkan sekali doa kesyukuran dengan hidangan versi kampung. Ringkas dan sedap. Tu yang menambah. Selera bukan main lagi.

Musim-musim jamuan rumah terbuka raya ni jarang kita dapat makan makanan versi kampung. Tu yang lupa diri pandai menambah. Sabar jak la puan presiden dengan pelbagai ragam dan karenah kami yang datang ni.

Sabar uolls. Pak imam tengah baca doa tu. Kejap lagi kita makan ya...

                           

                                                                                                                                                                                                                                                   
 
Tengok tu...Semua tengah kusyuk menghayati menu yang dihidangkan. 


Sambil makan sambil bincang.
Ntahlah apa agaknya yang dorang punya diskusi ni.
Macam nampak rancak jak kan? Hihihi

Selain dari menikmati menu kampung, dapatlah sesama tetamu (ahli IKSnita juga bah) beramah mesra sambil berbincang akan projek-projek persatuan yang akan datang. Projek terdekat, "Jom Kita Karoks!". Hahaha...lupakan pasal projek. Jom kita cuci mata dengan pelbagai ragam ahli-ahli IKSnita yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut. 


Kalau mau tengok gambar ni cun ka lawa ka sila sengetkan kepala. Hahaha

Muka kenyang. Ngantok la tu. Kejap lagi bertukar anakonda. Hahaha



Selpi dulu sebelum berpisah



Sorang Sandakan. Sorang Tuaran. Sorang tu lagi...Putatan jak



Masing-masing sibuk ambil posisi di belakang tu.
Apa lagi trep-trep ala retis le tu.
Bah! Atur kamu kedudukan begambar dulu kita sebelum berinut.

Ok! Sudah-sudah la tu begambar. Jom Pulaaaang!













No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular