Monday 14 August 2017

Ilmu Pemasaran Online Dan Networking Perkongsian Dari Negara Brunei



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Cuaca agak sejuk. Encik suami sudah berangkat ke pejabat. Kakak sudah baba hantar ke sekolah agama. Bermalas-malasan. Masak sarapan roti john permintaan rutin anak teruna.

Aku pula memilih sarapan agak berat. Nasi putih panas-panas, ikan kayu goreng dan sambal ijo (hijau). Kenyang. Alhamdulillah. Selepas sarapan mata seperti terkulai layu. Kedengaran bantal dan tilam memanggil-manggil.

Krik krik krik. Wasap berbunyi. Mesej dari mak mentua. Nak minta teman jumpa kawan lama dari negara Brunei katanya. Kawan masa sekolah.

Dengan pantas aku bingkas bangun dari sofa ruang tamu menuju ke kamar mandi. Bersiap sepantas mungkin. Mak mentua jemput di rumah. Kami terus ke hotel tempat kawan beliau menginap.

Menjemput mereka berdua (suami isteri) di Hotel Hayatt Regency Kota Kinabalu dan terus mencari tempat sarapan sebelum kami membawa pulang ke rumah mak mentua. Kata tetamu beliau, teringin nak datang jalan-jalan ke rumah.

Selepas sarapan di restoran D'Malindo, Harbour Square kami terus pulang ke rumah. Di rumah lebih selesa dan santai berborak dan saling berjejak kasih setelah 7 tahun tidak berjumpa.

Seronok juga dapat berkenalan dengan kawan mak mentua. Sempat lagi mereka suami isteri berkongsi elmu dan idea pemasaran online.
 
Aunty Norahikin Ibrahim, rakan seperjuangan
mak mentua, Juannita Mahsar sewaktu di SMSB Alor Star
Nak tahu apa yang uncle dan aunty kongsi dengan kami? Sebenarnya sewaktu uncle dan aunty bercerita, aku sempat merakam video cuma tidak dapat ku kongsikan di sini. Ada sedikit masalah teknikal. InsyaAllah jika tiada halangan, akan ku kongsi di entri akan datang.

Selain itu, aku dihadiahkan 2 CD tentang "2 Rahsia Sukses" oleh Frans Silaen dan " Where Focus Goes, Energy Flows" oleh Sushil dan Rashmi. Alhamdulillah. Rezeki temankan mak mentua.

"Where Focus Goes, Energy Flows" oleh Sushil dan Rashmi

Sebelum mereka berangkat pulang, dapat pula satu lagi hadiah istimewa iaitu wangian "True Spring Inspired". Wangian ini sangat Eksklusif. Harumannya sangat menyegarkan.
 
"True Spring Inspired"

Terima Kasih uncle dan aunty Syikin atas pemberian istimewa ini dan perkongsian elmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan. Malu pula rasanya kerana tak dapat beri buah tangan buat mereka untuk di bawa pulang ke Brunei.


Selamat berangkat pulang (esok) ke Brunei. Semoga kalian berdua selamat dalam perjalanan pulang ke destinasi yang dituju. Moga kita dapat bersua lagi di lain hari. Terima kasih dan halalkan segala elmu yang dikongsikan pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular