Monday 14 August 2017

Kursus Mengaji Sistem 3 Hari Cordobana Anjuran Sidma College Cawangan Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Sidma College
                               
Hujan lebat membasahi bumi Kota Kinabalu dan di iringi tiupan angin kencang. Pasti banyak pokok tumbang di sana sini. Tanah runtuh dan banjir juga tidak mustahil. Pasti menyusul. Apa pun yang berlaku itu semua atas kehendak-NYA.

Kawan-kawan yang sedang dan akan memandu pulang dari tempat kerja atau ke mana sahaja, moga kalian memandu dengan penuh berkhemat dan cermat. Hati-hati di jalan raya. Ku doakan moga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing. InsyaAllah. Aamiin.

Sebelum tu, saja ingin ku kongsikan buat kalian di luar sana terutama yang menetap di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Jika kalian menetap di luar kawasan Kota Kinabalu juga di alu-alukan menyertai kursus ini.

Sidma Collage akan menganjurkan Kursus Mengaji Sistem 3 Hari Cordobana bagi kalian yang mahu belajar cara mudah dan cepat mengaji Al-Quran.

Maklumat kursus adalah seperti berikut:-

Tarikh:
Kumpulan Pertama: 22 - 24 September 2017
Kumpulan Kedua: 13 - 15 Oktober 2017

Tempat:
SIDMA College,
Jalan Bundusan Kota Kinabalu, Sabah

Masa:
8.30 pagi hingga 4.30 petang

Yuran Penyertaan:
RM750

Yuran penyertaan termasuk:-
1.     Kitab
2.     Nota  
3.     Kudapan pagi
4.     Makan tengahari
5.     Kudapan petang
6.     Semua peserta akan mendapat Sijil Kehadiran


Kalian ingin tahu maklumat lanjut atau ingin berbual bicara dengan pihak pengajur? Sila hubungi En. Abu Safwan 019-880 2791, 088-732186, atau Pn. Dilah 019-8015334 atau 088-732000.

Bagi organisasi kerajaan atau swasta atau persendirian yang ingin menambah saham akhirat dengan beramal dan membuat penajaan (sponsor) peserta boleh berhubung terus dengan Prof. Dr. Hj. Mornie Hj. Kambrie  di talian 013-810 6201.

Kejap! Kejap! Kejap! Korang jangan lari dulu. Dengar khabar, kursus ini sudah dianjurkan di SIDMA College cawangan Sarawak sebanyak 4 kali dan didapati sangat berkesan untuk peserta mengenal dan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Syukur alhamdulillah. Manalah tahu dengan menyertai kursus ini, kita yang masih tergagap-gagap dalam membaca Al-Quran juga mampu membaca dengan lancar dan mahir dalam mengenal ayat-ayat Al-Quran.

Semoga segala rancangan dan usaha kita dimudahkan, dirahmati, diberkati dan diredhai Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin. InsyaAllah.

Ayuh ramai-ramai sertai Kursus Mengaji Sistem 3 Hari Cordobana . Jika tidak berkesempatan untuk mendaftar kursus ini, tidak mengapa. Kalian hanya perlu tolong kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada kaum keluarga dan kenalan kalian. Mana tahu ada antara mereka sangat memerlukan kursus seumpama ini.  Berkongsi perkara untuk kebaikan juga satu ibadah. Betul tak?


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular