Monday 18 September 2017

BootCamp eUsahawan Edisi Kota Kinabalu, Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Jam di komputer sudah pukul 2.15 petang. Tak terasa masa begitu cepat berlalu. Kelihatan cuaca di luar sangat cerah. Cuma kadang-kadang kelihatan seperti hujan lebat ingin bertandang.

Sementara masih berpeluang, ingin ku kongsikan bahawa pada 11/09/2017 (Isnin) telah berlangsung mesyuarat untuk penyertaan ke Boothcamp eUsahawan Edisi Kota Kinabalu, Sabah pada 8/10/2017 anjuran MDEC.

Khabarnya pada mesyuarat, G3PNS diwakili oleh Datuk Hj. Noortaip Bin Hj. Suhaili selaku YDP, En. Mardin Bin Abdul Ghani - Pengerusi PPPK Bumiputera Putatan dan Pn. Augustine Girith  Pengerusi PPPK Penampang. Tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada ahli mesyuarat yang diwakili diantaranya oleh AIM, TEKUN, MAFI dan YUM kerjasama JTK untuk mendapatkan jumlah peserta dan lokasi sesuai untuk menghadiri program berkenaan.

G3PNS telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar peserta seramai 150 orang. Peserta yang hadir akan diberikan sijil berbentuk digital oleh pihak MDEC.

Kriteri peserta adalah;-
1. Seorang usahawan (mempunyai sijil pendaftaran atau tidak)
2. Penyertaan dari ahli PPPK atau Angkota Sukarelawan Pintar G3PNS dialu-alukan
3. Peserta seluruh Sabah yang sanggup menghadiri program tersebut di Kota Kinabalu, Sabah

Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi En. Achmad Noorafzam di talian 012-868 0120 dengan memberikan maklumat berikut:-

1. Nama Pemohon
2. No. Kad Pengenalan
3. Alamat
4. Perniagaan/Perusahaan
5. Jenama Produk (jika ada)
6. No. Telefon
7. Email
8. Facebook
9. Instagram
10. Maklumat Tambahan (jika ada)

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 1/10/2017 (Ahad)

Maklumat terkini daripada pihak penganjur program BootCamp eUsahawan Edisi kota Kinabalu, Sabah anjuran MDEC ini akan berlangsung pada ketetapan berikut;-

Tarikh: 8/10/2017
Tempat: Dewan, Wisma Pertanian Kota Kinabalu
Masa: 8.30 pagi - 4.30 Petang

Maklumat ni penting. So, korang kena ingat tau. Jangan terlepas tarikh pula.





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular