Monday 20 November 2017

Kelas Pemprosesan Herba Tradisional Dan Tumbuhan Beraroma


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: WAR Training & Management



Tarikh: 10 DISEMBER 2017
Hari: AHAD
Masa : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
Lokasi: TINGKAT 1, UA, JALAN SULAMAN
Yuran Penyertaan: RM50 SAHAJA (seorang)


Kenapa perlu hadir:-
Penerangan tentang produk dan herba
Menghasilkan produk kesihatan sendiri
Produk yang berkos rendah
Resepi diberi PERCUMA


Methodologi kelas pembelajaran:
📝 Demo dan hands-on (group)
📝 Teknik dan cara membuat
📝 Hasil produk akan dibawa pulang
📝 Bahan (herba) dan peralatan disediakan


Peringatan
Alat tulis (buku nota dan pen), sila bawa sendiri


Berminat dengan tumbuhan herba?
Bercita-cita mengeluarkan produk kesihatan sendiri berasakan tumbuhan herba?
Mengalami masalah kesihatan?
Ingin tahu bagaimana memelihara dan mengekalkan kesihatan dengan penggunaan herba semulajadi?


TEMPAT ADALAH TERHAD.


Ayuh, kita sama-sama belajar di Kelas Pemprosesan Herba Tradisional & Tumbuhan Beraroma!


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:-

Miss Rieya +60 16-817 8716



Tuesday 14 November 2017

Doa Kesembuhan Buat Mu Teman


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Assalamualaikum dan salam ceria pagi semua https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f2/1/16/1f60d.png.

Doa bagi semua yang sakit

“Allahumma Robbannas, Adz-Hibil Ba'sa Isyfi Antasy-Syafi La Syifa'a Illa Syifa'uka Syifa'an La Yughadiru Saqoman.”

“Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkan segala penyakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu, sembuh yang tidak dihinggapi penyakit lagi.” 
(HR Bukhari)

Aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin


Roti Puri Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Kecoh apam viral 3 bahan. Ada yang jadi bambam bak kuih pau. Ada yang bantat tak menjadi.

Apa pun keputusannya, cuba lagi hingga berhasil. Jangan pernah putus asa kerana kau tak akan tahu percubaan yang keberapa akan membuahkan hasil hingga kau tersenyum tanpa noktah.

Alhamdulillah. Roti Puri Adhwa kembang mekar setaman. Tak pernah mengecewakan.


Memandangkan ramai yang nak cuba buat roti puri yang tak banyak bahan ni, aku kongsikan untuk korang cuba buat pula. InsyaAllah pasti berhasil.


Bahan-bahan Roti Puri:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
5 sudu teh minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sud teh garam
3/4 cawan air panas


Cara Pembuatan Roti Puri:-

1. Satukan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak. Gaul sebati.

2. Bagi lubang ditengah-tengah adunan tadi dan tuang air panas sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli adunan hingga sebati.

3. Nak tahu adunan sudah sebati atau pun tidak, uli adunan hingga tidak melekat di tangan.

4. Bulat-bulatkan adunan mengikut saiz kesukaan masing-masing. Aku suka besar-besar, so sorang sekeping dah kenyang.

5. Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga kembang.

6. Lenyekkan adunan dengan penggelek. Jangan terlalu nipis atau tebal supaya bila menggoreng nanti bentukknya kembang menawan.

7. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.

8. Semasa menggoreng, siram minyak ke atas adunan tu supaya ianya kembang sekata. Pastikan api sederhana supaya tak cepat hangus.

Sukatan adunan ni dapat sikit jer tau. Kalau nak hasil yang banyak, korang tambah jer sukatan asal tu.

Roti puri ni sedap cicah bersama sardin, kari ayam, rendang atau pun susu manis. Petang ni aku buat cicah dengan sardin jer untuk anak-anak. Cepat dan ringkas.


Aku pula cuba dengan Sambal Tai' Minyak Adhwa. Sedap. Baru pertama kali makan roti puri ni cicah Sambal Tai' Minyak Adhwa. Ingatkan sekeping cukup rupanya nak tambah lagi. Nasib baiklah ada buat lebih adunan tadi. Kalau tak terpaksa bancuh lagi.


Apa pun selamat mencuba ya kawan-kawan semua. Semoga berhasil percubaan Roti Puri kalian. Nanti kongsi la hasilnya di ruangan komen blog ni yer.

Jom, nikmati menu minum petang bersama Rieya...

Boleh share entri ini jika kalian rasa ianya bermanfaat. Terima kasih.




Monday 13 November 2017

Karnival Usahawan Wanita Sabah 2017 Anjuran IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




KARNIVAL USAHAWAN WANITA SABAH
ANJURAN IKSNITA SABAH


Imago Shopping Mall
2 - 3 Disember 2017
Sabtu & Ahad
10.00 pagi hingga 10.00 malam

Booth pameran/jualan hanya untuk local produk
Shell Scheme Booth RM2,000
Saiz booth 10ft x 10ft
Meja 2ft x 3ft
Kerusi 2 unit


Syarat Penyertaan untuk menyertai expo pameran/jualan ialah:
1. Produk usahawan tempatan sahaja
2. Jenama (brand) sendiri
3. Ruang pameran/jualan mestilah kemas dan teratur
4. Jenis produk: Pakaian, kraftangan, makanan, minuman, kosmetik, penjagaan kesihatan dll (janji produk usahawan Sabah)

Tinggal 2 booth saja lagi. Siapa cepat dia dapat!

Rieya www.wasap.my/60168178716




Sunday 12 November 2017

Perkongsian Ilmu Bersama Dato Sri Ahmad Khusairie


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


1. Selamat memasuki pasaran tempatan & global
2. Produk selamat digunakan
3. Jualan Bersistem
4. Pemasaran offline & online
5. Khidmat nasihat pelanggan
6. Sistem ejen
7. Proses margin untung rugi
8. KKM, Halal, GMP, IGM etc
9. Pembangunan website syarikat
10. Page, website dan cara penggunaan key words bagi enjin google
11. Personal coaching

Antara topik menarik yang dibincangkan pagi tadi sewaktu seminar santai perbincangan tentang usahawan kosmetik dan skin care.

Topiknya tentang usahawan kosmetik dan skin care tetapi intipati perbincangan dan perkongsian ilmu itu sendiri boleh diaplikasikan dalam kluster makanan. Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ini dan boleh terus diaplikasikan dalam bisnes (kluster makanan).


Sebelah petang pula bergegas ke Kg Poturidong, Kiulu atas urusan rasmi#WAR program. Pertama kali sampai ke Kg Poturidong, Kiulu. Bemacam-macam cabaran ditempuhi hingga berjaya sampai ke kampung tersebut.

Cantik sungguh pemandangan di sana. Aman. Damai. Tenang mendengar unggas dan kicauan burung diwaktu senja. Sambil bermesyuarah dengan tuan tanah, dapat pula belajar serba sedikit tentang tanaman herba penyembuh ajaib, dengan izin-NYA. Alhamdulillah. Satu lagi ilmu baru dapat ku kutip hari ini.

Ilmu ini bakal dikongsikan dengan kalian sedikit masa lagi. Sabar menanti ya kawan-kawan cerita selanjutnya. Doakan semoga apa yang direncanakan ini akan berhasil. InsyaAllah. Aamiin

Penat. Otak pun mau rehat. Kita tidur duluuu. Bai bai... Jom tidur awal malam ni...

Friday 10 November 2017

Gelang DIY Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Kakak: Ummi Ummi mana kotak gelang kakak?

Ummi: Mana ummi tau. Kakak yang simpan sendiri kan? Lain kali jangan letak sana sini. Sudah guna simpan balik tempatnya.

Kakak: Alaaa macam mana ni? Kakak mau buat gelang. Ada kawan order. Banyak sudah ummi, ada 3 order.

Ummi: Hamboi! Bila pula kakak jual gelang di sekolah? Cikgu nda marah ka?

Kakak: Tiada belajar sudah kami. Cikgu cakap boleh buat aktiviti sendiri. Ada satu cincin kecik ummi, mana sudah tu ya? Kakak mo bagi hadiah siapa order banyak.
.
.
.
Kesimpulannya: Baba
 Iwan Mahdzuan Mahali sila belikan stok gelang baru hahaha...

Siapa mau order Gelang DIY Adhwa, sila booking awal. Limited edition!



Wednesday 8 November 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa Kini Di Dubai

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Sambal Tai' Minyak Adhwa sudah hari ketiga berada di Dubai. Ini merupakan produk kedua jenama Adhwa berjaya sampai ke Dubai sebelum tuannya. Hihihi (sabar jak la ko Rieya).

Alhamdulillah. Hari ini bakal berlangsung "Business Matching" antara team usahawan #IKSnita bersama delegasi Dubai. Semoga hasil perbincangan dan pembentangan dari team usahawan IKSnita di bawah pimpinan Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal membuahkan hasil seperti yang telah dirancang.

Avasee Skin Care oleh Faineh Modirim, Sambal Belacan Rehan dan Sambal Bilis Rehan oleh Timbalan Presiden IKSnita (Pn Rehan Rahim), Coffee Tukou, Cookies Bite, Sri Delima Facial Soap, Batooka, Tonik Rambut Raban Xtra antara produk usahawan IKSnita yang dipertaruhkan dalam "Busniess Matching" di Dubai.

Sebenarnya banyak lagi produk usahawan yang terlibat cuma ini saja yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Mohon maaf yang tidak tersebut produknya ya kawan-kawan.

Doa kami sentiasa mengiringi kalian di sana. Semoga apa yang telah dirancang dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aamiin.




Wednesday 1 November 2017

Ayam Masak Lengkuas


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Menu malam ni Ayam Masak Lengkuas

Cara Memasak Ayam Masak Lengkuas Menggunakan #PesAyamLengkuasAdhwa

1. Panaskan kuali. Masukkan Pes Ayam Lengkuas. Tidak perlu guna minyak masak.

2. Tambah 50ml air. Gaul hingga mendidih.

3. Masukkan ayam. Guna api sederhana supaya tidak cepat hangus.

4. Bila daging ayam empuk. Tambah garam secukup rasa.

5 Masak hingga kuning keemasan .

6. Sedia untuk dihidang.

7. Selamat menjamu selera.

Sila LIKE, KOMEN & SHARE jika bermanfaat. 
.
.
.
500g hingga 1kg ayam cukup untuk 1 pek (200g) #PesAyamLengkuas

Korang boleh buat pilihan sama ada untuk masak sehingga kering (macam dalam gambar di mangkuk kecil) atau basah, iaitu berkuah.

Kalau tanya aku, aku lebih suka kering sebab tahan lama. Kalau tak habis makan malam ni, boleh simpan untuk esok.

Kalau jenis basah (berkuah) kena habiskan terus. Kalau simpan takut pula basi sebab menu ni bersantan. Membazir. Esok tak boleh makan lagi.

Apa pun, terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia yang sudi beli Pes Ayam Lengkuas #readytocook ni.

Selamat memasak semua.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular