Thursday 4 January 2018

Bengkel 1: Pengurusan Kewangan Anjuran WIN Training & Management


Teks: Nasriah Abdullah


Jangan MEROMPAK duit perniagaan sendiri!

Berilmu dalam pengurusan kewangan akan membantu kita dari kerugian dan ditipu orang lain! Kalau bukan kita yang belajar, nak harap siapa lagi? 





Ayuh! Sertai kami di Bengkel 1: Pengurusan Kewangan seperti maklumat berikut:-

Tarikh: 20 Januari 2018
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Lot 3 Blok A, Tingkat 2, Taipan 28, Inanam
Yuran Bengkel: RM75 sahaja (seorang)


Ramai usahawan yang sibuk buat kerja mengendalikan perniagaan mereka tanpa memantau kedudukan wang keluar masuk. Sedangkan itu adalah perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh semua usahawan. Tidak kira apa sahaja perniagaan yang mereka jalankan, semuanya akan menjurus kepada satu perkara yang sama, iaitu DUIT.


OBJEKTIF

1.     Memahami dengan jelas Prinsip Asas Perakaunan
2.     Membuat analisis penyata kewangan
3.     Membuat tafsiran berdasarkan maklumat yang ada
4.     Memahami pelbagai kegunaan belanjawan
5.     Menghargai pentingnya kawalan dalaman


SENARAI MODUL

1.     Penetapan Minda Usahawan
2.     Pengenalan Kewangan Perniagaan
3.     Asas Perakaunan Dan Simpan Kira
4.     Pengurusan Aliran Tunai
5.     Pengurusan Untung Rugi
6.     Kunci Kira-Kira
7.     Latihan Praktikal


Dalam urusan perniagaan, kewangan adalah salah satu perkara wajib yang mesti diuruskan. Usahawan tiada pilihan.

Untuk membolehkan anda jaga kewangan dengan baik, anda mesti pantau urusan keluar dan masuk duit dengan berdisiplin. Hanya dengan mencatit secara bersistem sahaja mereka dapat menjaga kewangan perniagaan.

Jika anda dapat menjaga kewangan syarikat dengan betul, anda akan mampu menguasai perniagaan yang sedang dijalankan.

Dengan penjagaan kewangan yang baik, membaca segala maklumat daripada aktiviti catitan wang  keluar dan masuk, para usahawan boleh merangka berbagai strategi.

· Maklumat kewangan membolehkan usahawan menyusun STRATEGI PERUNTUNGAN.

· Maklumat kewangan membolehkan usahawan menyusun STARTEGI PEMASARAN.

· Maklumat kewangan membolehkan usahawan merangka STRATEGI PEMBESARAN.

· Maklumat kewangan membolehkan usahawan merangka HALATUJU SYARIKAT.

·  Maklumat kewangan membolehkan usahawan menyusun PEMBAYARAN HUTANG.


Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan adanya maklumat kewangan yang baik, yang pentingnya usahawan ini perlu ada Ilmu Pengurusan Akaun Perniagaan yang sistematik.


Kenapa anda perlu hadir ke bengkel ini?

1. Sesi pembelajaran di sampaikan dalam bahasa yang mudah difahami

2. Bengkel ini berbentuk latihan praktikal. BUKAN satu kelas TEORI

3. Membolehkan anda sebagai usahawan tahu tentang untung atau rugi perniagaan anda

4. Ilmu yang dikongsikan bakal membuktikan bahawa anda usahawan TIDAK MEROMPAK duit perniagaan sendiri


Yuran Bengkel RM75 seorang termasuk:

  • Yuran bengkel
  • Modul bengkel
  • Sijil penyertaan
  • PERCUMA minuman prebiotik untuk tenaga eksklusif daripada WIN Training & Management



Sasaran Peserta:
1. TERHAD! 30 peserta sahaja
2. Peniaga atas talian (online)
3. Pengusaha industeri kecil dan sederhana (SME)
4. Mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan


PERINGATAN!
1. Alat tulis (buku nota dan pen), sila bawa sendiri
2. Peserta WAJIB membawa labtop masing-masing


Bersedia untuk menjadikan rekod kewangan anda sebagai suatu perniagaan yang berjaya!


Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Miss Rieya di talian





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular