Thursday, 26 April 2018

5 Tips Pemasaran Guna Personal FB.


Let's Inspire.
==========

1. Tukar setting PRIVACY post jadi PUBLIC, bukannya Friends atau Only me. Kecuali kalau kau memang nda mau ramai orang baca. J

2. Bila ada orang komen status kita, terus LIKE komen itu. Reply komen sekiranya perlu. Ini sebagai makluman bahawa kita baca dan suka dengan komen mereka. Boleh bah kan? J

3. Jangan jadi SILENT READER. Bila jumpa status yang baik dan menarik, terus LIKE dan sesekali tinggalkan KOMENJ

4. Rajinkan diri buat SITE VISIT ke timeline orang lain dan komen status dorang. Kalau nda tahu mau komen apa, komen emoticon pun ok. Paling kurang pun belanja Like. Sehari dapat ziarah timeline 5 rakan FB pun kira ok sudah dah. 


5. Tulis status dan komen guna EJAAN PENUH. Bila kita permudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Belajar jangan jadi pemalas. J







Sunday, 15 April 2018

Rieya, You Can Do It!


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Hidup ini umpama pelangi. Pelbagai warna. Ada warna digemari. Ada warna setakat suka-suka. Ada warna langsung dibenci. Begitulah juga hidup kita.

Kadang, bila kita disukai dan diperlukan, mereka pasti mencanang kitalah yang terbaik dan hebat sebagai pelakar pelangi indah. Apa saja idea kita taburi, pasti disokong tegar.

Namun, sebaliknya jika kita tidak lagi punya kepentingan pada mereka. Sebelum sempat berkata sepatah dua, sudah disimbah dengan kata-kata fitnah menyengat.

Apa saja tindakan dan perbuatan yang dipamer pasti tak kena di hati mereka yang punya rasa dengki dan sering tak puas hati. Begitulah lakaran dan kitaran hidup kita.

Kita? Apa perlu kita buat?

Bagi ku, hindarkan bau-bauan bangkai. Tanamkan saja bersama sampah-sampah yang tak dapat dikitar semula. Biar mereput bersama arus masa.

Kita? Teruskan hidup. Teruskan matlamat. Ada impian perlu di gapai tanpa kehadiran mereka. Melangkah tanpa henti hingga terhasil apa diimpi.

Moga terus kuat dan kreatif dalam melakar pelangi indah dan menabur bakti pada yang memerlukan.


Rieya
You Can Do It!

Saturday, 10 March 2018

Kuih Keria Gula Merah Dan Pulut Hitam Ayam Masak Lengkuas Jenama Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Gandingan mantap! Pulut hitam ayam lengkuas. Kuih Keria Gula Merah. Istimewa khas buat customer #CahayaNurAdhwa.



Jom serbu booth #TeamSapuHabis FaDh-eMa Lan Rafidah Ahmad Momoy Amoy Lina Lina sekarang! Stok nda banyak ya. Yang lain sudah kena borong awal.

Siapa lambat kompom la melepas.

Macam-macam lagi jenis makanan ada di booth kami. Kamu mau apa?
Kek lapis pelbagai rasa? Ya ada, takut bulau jak mata kamu memilih.

Popia Mini Serunding Udang? Ada saja bah kalau kau cuma kalau ko lambat datang kompom la nda ampit bah!

Bah! Jumpa kamurang di centre point ya. Datang sekarang tau!!!

Pulut Hitam Ayam Masak Lengkuas. RM5 sahaja satu tapau. 

Kuih Keria Gula Merah. RM4 sahaja satu tapau.

Kuih Keria Gula Merah.
Produk terlajak laris tiap kali berbooth di mana-mana expo.





Tuesday, 20 February 2018

Pes Ayam Masak Lengkuas Jenama Adhwa



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Alhamdulillah. Setelah 4 hari di uji dengan sedikit kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, akhirnya hari ini sudah mula kembali menjalani rutin harian walau tidak seaktif hari-hari sebelumnya.


Tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa memberi sedikit keceriaan dan sumber tenaga buat ku. Walau masih kurang bermaya, tetap gigih melayan pertanyaan daripada pelanggan setia produk-produk syarikat Cahaya Nur Adhwa di bawah jenama Adhwa.


Lagi bertambah semangat bila beberapa pelangan baru bertanya tentang cara memasak Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Tidak kurang juga seronoknya apabila pelanggan berkongsi gambar kejayaan pertama mereka memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Terima kasih buat semua pelanggan syarikat Cahaya Nur Adhwa kerana sentiasa menyokong, membeli, memilih dan menggunakan produk jenama Adhwa.

Kepada anda di luar sana yang teringin mencuba memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa, boleh hubungi Rieya di talian +60 16-817 8716.

Harga sangat murah dan berbaloi. Cuma RM11 sahaja. Berat 200 gram. Cukup untuk memasak ayam seberat 500 gram ke 1,000 gram (1kg). Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat kos. Mudah digunakan. Cepat menu ayam masak lengkuas tu dihabiskan. Anak-anak suka, suami lagi suka.

Nak minta ajar cara memasak yang ringkas, santai dan sempoi menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa pun boleh.

Jangan lupa wasap atau telefon Rieya +60 16-817 8716.

Sebelum tu jom kita intai sama-sama mereka yang baru dan telah berulang kali buat tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

 

 


 











Monday, 19 February 2018

eUsahawan Sprint #MDec Kota Kinabalu, Sabah


Sesi Bual Bicara bersama 7 Pakar Industry. Bina jenama (branding) dan pemasaran di media digital.


Orang pemalu tahap dewa ni lain pea'el-nya. Bercakap depan kamera pun pandai nebes tahap gaban, apa lagi bila bercakap depan khalayak ramai.

Ndak pa, biar hari ni nampak pemalu [pemalu la sangaaat kan ;-)] esok esok pudar la ia. Beguru dulu kita dengan mantan pengacara MHI TV3, Nizal Mohammad. Sekarang dah jadi Media & Brand Consultant.

Bermimpi dulu. Manatau esok boleh jadi sama hebat macam Nizal. Atau lebih hebat dari Nizal? Haha [berangan jak la kau Rieya :-D]

Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Pusat Asuhan & Penjagaan Kanak-Kanak



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Hari ini Muhammad Nadzril Adhwan Bin Iwan Mahdzuan atau lebih manja dengan panggilan Ariel sudah mula bersekolah di sekolah Tadika Perpaduan. Ariel merupakan anak kedua dalam keluarga kecil ku.

6 tahun sudah berlalu. Namun, pengalaman dan kenangan pertama buat kami suami isteri menghantar Ariel ke pusat jagaan kanak-kanak sewaktu bayi masih segar dalam ingatan ku.

Teringat sewaktu tempoh berpantang berakhir. Aku akan kembali memenuhi rutin hakiki sebagai ibu bekerja 8 jam sehari. Keluar pagi, balik malam. Begitulah hari-hari ku akan berlalu. Ketika itu,  aku  dan suami terpaksa memutuskan untuk menghantar Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak (nurseri) kerana ketika itu ibu ku sendiri menjaga adik ipar ku yang juga baru melahirkan anak pertama. Ibu mertua pula tidak mampu untuk menjaga anak kedua kami akibat masalah kesihtan. Ariel pula masih bayi dan memerlukan perhatian lebih.

Risau. Perit rasanya nak buat keputusan ini. Siapalah yang sanggup melepaskan anak yang masih bayi ke tangan penjagaan orang lain? Walau berat hati, aku akur menurut cadangan suami menghantar Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak.

Mujurlah di bangunan bersebelahan tempat aku bekerja terdapat sebuat pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Pada mulanya aku bercadang menghantar Ariel ke sana agar mudah aku menyusukan Ariel ketika perlu. 

Jarak ke tempat itu dan pejabat ku cuma lebih kurang 5 minit sahaja. Selain boleh mengelak dari gejala bengkak susu, mudah aku melihat perkembangan Ariel. Maklum saja, Ariel belum aku biasakan dengan bantuan susu botol sewaktu tempoh berpantang dahulu. Itu adalah kerisauan utama bagi ku.

Suami tidak membantah dengan cadangan ku. Namun, isu kedua yang aku khuatirkan adalah masalah kebersihan dari segi halal haram peralatan dan makanan yang bakal diberikan kepada Ariel kelak. Pusat asuhan itu di miliki oleh pengusaha yang bukan beragama Islam dan pekerjanya juga dikalangan yang bukan beragama Islam. Walau pun rakan-rakan sepejabat memberikan komen 5 bintang kepada pusat asuhan itu dan mengatakan makanan yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan meraka adalah halal, namun hati ku tidak yakin Ariel mampu dijaga dengan baik di tempat itu. Tambah pula yuran bulanan yang dikenakan agak tinggi mengikut kemampuan jumlah gaji bulanan kami suami isteri. Oleh yang demikian, Kami memutuskan untuk cari ikhtiar di tempat lain.

Kerisauan siapa nak jaga Ariel ketika kami suami isteri keluar bekerja akhirnya terjawab apabila majikan suami menyediakan satu pusat asuhan khas kepada para pekerjanya yang memerlukan dengan kadar bayaran agak murah bagi kami.


Alhamdulillah. Di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak itu, Ariel di jaga dengan baik. Tugasku jadi mudah. Aku hanya menyediakan keperluan Ariel selama 8 jam setiap hari di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Suami boleh memantau perkembangan Ariel bila-bila masa terluang. Aku pula, senang nak ambil tahu perkembangan Ariel setiap masa walau dalam wasap dan rakaman video dari pengasuhnya.

Terima kasih buat mak-mak angkat Ariel yang menjaga dan melayan Ariel dengan baik. Moga kalian diberi kesihatan yang baik dan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Terima kasih buat semua kakitangan Didi Childcare.





Friday, 5 January 2018

Supply Chain Shared Services & Outsourcing


Alhamdulillah. Selesai sudah berurusan di SSO. Moga apa yang telah kami rancangkan ini dipermudahkan.

Always WIN!

#WIN



5 Tips Pemasaran Guna Personal FB.

Let's Inspire. ========== 1. Tukar setting PRIVACY post jadi PUBLIC, bukannya Friends atau Only me. Kecuali kalau kau memang nda...

Post Paling Popular