Tuesday 14 November 2017

Roti Puri Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Kecoh apam viral 3 bahan. Ada yang jadi bambam bak kuih pau. Ada yang bantat tak menjadi.

Apa pun keputusannya, cuba lagi hingga berhasil. Jangan pernah putus asa kerana kau tak akan tahu percubaan yang keberapa akan membuahkan hasil hingga kau tersenyum tanpa noktah.

Alhamdulillah. Roti Puri Adhwa kembang mekar setaman. Tak pernah mengecewakan.


Memandangkan ramai yang nak cuba buat roti puri yang tak banyak bahan ni, aku kongsikan untuk korang cuba buat pula. InsyaAllah pasti berhasil.


Bahan-bahan Roti Puri:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
5 sudu teh minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sud teh garam
3/4 cawan air panas


Cara Pembuatan Roti Puri:-

1. Satukan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak. Gaul sebati.

2. Bagi lubang ditengah-tengah adunan tadi dan tuang air panas sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli adunan hingga sebati.

3. Nak tahu adunan sudah sebati atau pun tidak, uli adunan hingga tidak melekat di tangan.

4. Bulat-bulatkan adunan mengikut saiz kesukaan masing-masing. Aku suka besar-besar, so sorang sekeping dah kenyang.

5. Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga kembang.

6. Lenyekkan adunan dengan penggelek. Jangan terlalu nipis atau tebal supaya bila menggoreng nanti bentukknya kembang menawan.

7. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.

8. Semasa menggoreng, siram minyak ke atas adunan tu supaya ianya kembang sekata. Pastikan api sederhana supaya tak cepat hangus.

Sukatan adunan ni dapat sikit jer tau. Kalau nak hasil yang banyak, korang tambah jer sukatan asal tu.

Roti puri ni sedap cicah bersama sardin, kari ayam, rendang atau pun susu manis. Petang ni aku buat cicah dengan sardin jer untuk anak-anak. Cepat dan ringkas.


Aku pula cuba dengan Sambal Tai' Minyak Adhwa. Sedap. Baru pertama kali makan roti puri ni cicah Sambal Tai' Minyak Adhwa. Ingatkan sekeping cukup rupanya nak tambah lagi. Nasib baiklah ada buat lebih adunan tadi. Kalau tak terpaksa bancuh lagi.


Apa pun selamat mencuba ya kawan-kawan semua. Semoga berhasil percubaan Roti Puri kalian. Nanti kongsi la hasilnya di ruangan komen blog ni yer.

Jom, nikmati menu minum petang bersama Rieya...

Boleh share entri ini jika kalian rasa ianya bermanfaat. Terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular